Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts
Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts

Surat untuk kengkawanku

Salam,

Kepada kengkawanku,

Untuk permulaan surat saya ni, saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada anda semua yang masih sudi datang melawat seterusnya mendownload benda-benda yang saya sediakan terutama ebook percuma yang berprofil tinggi lagi bermanafaat kepada anda dalam menjana duit percuma di arena internet ni.

Ada kengkawan yang menyatakan atau bertanya ke mana saya menghilangkan diri selama ini. Saya tak hilang pun, cuma amik masa skit A.K.A "CUTI" untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan yang injured akibat penangan pertandingan sepak takraw sempena Hari Kebangsaan.

Kebetulan isteri saya yang beliau seorang guru cuti pulak tu, maka saya balik ke kampung belah mak mentua di Seberang Tasek, Penang. Rehat kat sana.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang di ambil semasa bercuti. Nak test market sebenarnya ni. Nak lawan si pemilik blog RelaxJom.Blogspot A.K.A orang Penang yang suka amik gambar :).
Gambar kat bawah ni diambil menggunakan kamera PANASONIC DMC-FZ30. Kalau nak besarkan gambar, klik kan gambar tu je tau.
Ni gambar kucing saya. Tengah tido dalam pasu pokok Kunyit mak saya. Memang takda kerja punya kucing. Lepas makan tido, lepas tido makan. Ish...
Berkusyenkan sabut kelapa tu... Believe it or not?

Ni bapak kucing saya. Mak saya bagi nama dia "Cecalit". Tak tau apa yang tercalit kat badan dia. Tapi tu lah nama dia. Korang tengok mata dia betul-betul. Sebelah kuning sebelah biru. Gambar betui ni. Bukan "Super Impose" punye. Jarang nak dapat ni. Baka ni saya je yang ada (tak tau la orang lain kan) tapi yang hidup sekor ni je. Adik kepada kucing ni dah hilang kena curik. Kalau tak ada 2 ekor. Kucing saya ni kena kurap pulak tu. Kalau ada orang nak beli, mampus pun saya tak jual tau. Cayang "Cecalit" sesangat walaupun kurap penuh kat badan dia. Hehehe...
Ni lah mercu P.Pinang. Jambatan P.Penang. Gambar ni diambil dari Queens Bay. Kelabu skit. Samada jerebu ataupun tangan saya yang goyang. Ntah la. Gambar ni diambil selepas tengok wayang citer "Death Race". Baik korang tengok citer tu. Best ooo...
Seorang tua berbangsa Cina sedang khusyuk memancing kat tepi pantai ni. Sapa kata bunyi bising menyebabkan orang yang pancing tak dapat ikan. Cina ni dapat je. Satu baldi tu. Relaks je dia. Baguih-baguih. Teruskan memancing. Jangan kacau dia. Kita pi gambaq seterusnya...

Kesibukan dekat Queens Bay Mall ni jelas kelihatan walaupun dah waktu Maghrib. Masa ni tengah kelam kabut ambil gambar ni takut terlepas waktu solat. Tapi nasib baik gambar ok. Malam minggu la katakan. Memang Queens Bay Mall ni havoc skit. Banyak je keta kat tepi jalan sampai jam jalan...
Ada banyak lagi gambar ni. Esok la saya display yek...
Dengan berakhirnya cuti saya ni, saya berharap dapat mempersembahkan ebook-ebook terbaru untuk buat duit kat internet ni dengan lagi canggih dah power. Jika anda ternanti-nantikannya, tunggu sat.... ada banyak ni. Kena qada balik sebab amik cuti.... kekeke....
Akhir kalam surat saya ni, lagi sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang sudi melawat dan tak putus-putus melawat blog saya yang tak berapa nak power ni. Blog ni khas buat anda, bukan untuk saya pun. Saya cuma berhajat dengan ada blog ni, saya boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk jana duit kat internet ni...

Harapan saya agar anda terus berkunjung kat blog ni, dan jangan lupa, kalau dah masuk tu, tinggal-tinggalkan lah komen anda yang membina lagi berharga tu. Ia akan menjadi tanda aras ukuran kepada saya untuk meningkatkan lagi prestasi blog ini.

Sekian, terima kasih semua...

Spain Menang!!!

Sapa pagi tadi tengok Jerman Vs Spain?

Best. Menarik. Ada Umphh...

Gambar di sebelah ini adalah wira bagi pasukan Spain yang menyumbat goal pada minit ke-33 yang menjadikan keputusan 1-0 seterusnya menjulang Spain sebagai Juara EURO 2008. Pasukan terbaik di Eropah tu...

Saya memang sokong Spain. Melihat dari permainan pagi tadi, boleh dikatakan Spain mengawal perlawanan. Hantaran dan penguasaan bola yang bagus. Bagi Jerman pula, saya lihat hantaran dan penguasaan bola adalah kurang sedikit. Mungkin ada faktor yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala saya tapi itu lah kenyataannya yang saya nampak.

Saya beranggapan Jerman akan bangkit pada separuh masa kedua. Sebab hari tu masa Jerman Vs Turki, Jerman membuat kejutan di saat-saat akhir dengan goal penghabisan yang dilaksanakan oleh Philipp Lahm. Permain paling kecil dalam skuad Jerman tu. Kecil-kecil cili padi. Tapi nampaknya anggapan meleset. Spain berjaya. Apa nak dikata.

Sekarang EURO 2008 dah habis. Tinggal Sukan Olympic pulak. Sama-sama lah kita sokong Malaysia. Berikan atlit kita semangat. Mudah-mudah mereka membawa pulang pingat dengan banyak sekali.

My Space - Baik Punya!


Salam untuk semua!

Lama tak menjenguk dan meng"update" blog ni. Terima kasih kerana sudi melawat blog ni.

Tahukah anda tentang "My Space"?

Tentu ramai yang tahukan?

Tahukah anda dengan "My Space" anda boleh buat duit dengannya?

Ini ada cerita baik punya! Tetapi kebanyakkan orang kita tidak tahu.

Bermula ceritanya, saya telah pergi berkhursus selama 3 hari di Lembah Azwen, Hulu Langat untuk kaki tangan kerajaan. Peserta diminta membuat ucapan untuk "Public Speaking" atas tajuk Sosial dan Perpaduan. Saya dengan tak sedia nak cakap apa, teringat pasal "My Space". So saya bagi "talk" pasai "My Space". Rupa-rupanya ramai yang tak tahu dengan My Space ni kita boleh buat duit! Saya pun ceritalah dekat mereka:-

My Space ni adalah satu website social community. Kalau tak silap saya, sebanyak 47.6% (betulkan saya kalau salah) penduduk dunia ni mendaftar di My Space pada tahun 2006. Gempak kan! My Space adalah satu social site yang paling banyak dilawati pada masa kini. Google pun kalah tau! So, dengan keadaan itu, kebanyakkan "blogger handalan", "Adsense-er", penjual produk dan lain-lain lagi mengambil kesempatan untuk membuat untuk percuma duit dengannya.

Ada seorang budak yang berasal dari mana saya dah lupa telah membuat satu virus yang diimplankan didalam My Space. Bayangkan dalam masa beberapa minit sahaja, berjuta-juta pelawat telah melawat website beliau. Caranya dengan membuat satu link, dan apabila orang klik sahaja link tu, ia akan disembarkan kepada alamat-alamat kawan-kawan yang terdapat di dalam My Space anda.

Tetapi itu cerita lama. Sekarang ni My Space telah mengketatkan securitinya, jadi kita semua tidak boleh menggunakan taktik kotor lagi untuk mengaut keuntungan.

Setakat itu celoteh saya pada kali ini. Kemungkinan esok lusa saya akan letakkan ebook mengenai buat duit dengan My Space ni. Setialah bersama blog ini dan tunggu kedatangan ebook tersebut.

Harga Minyak Naik!

Apa dah jadi dengan minyak kita ni?

Gila ke luar biasa harganya?

Hari Rabu haritu, tengah-tengah training sepak takraw dekat Hospital Besar Ipoh, tetiba member punya handphone sudah bunyi. Permainan diberhentikan untuk sementara waktu untuk laluan iklan! :).

Tetiba dia sudah JERIT sebab minyak naik dari RM1.92 kepada RM2.70! Biru muka member. Yang tu baru naik motorsikal, yang naik kereta? Hijau kot macam "Incredible Hulk".

Yang saya plak dah tergamam dah. Timbul rasa tak puas hati. Alasan yang diberi oleh pemerintah negara kita ni sebab nak tampung kos cari gali Petronas yang melambung tinggi. Banyak sumber dalam internet yang saya baca. Ada yang berbaur politik ada yang fakta. Saya nasihatkan kalau nak tau cerita yang sebenar, baca dan rujuk pada yang pakar.

Minyak dah naik, barang keperluan dah naik, harga ebook, tool, script, software, hardware dalam internet ni naik jugak ker? Ada kena mengena dengan minyak jugak ker?

Kita dianugerahkan otak seberat lebih 1.5kg yang mengandungi berbilion-bilion saraf ni pikir la sendiri. Saya tinggalkan soalan itu pada pembaca sekalian untuk dijawab :).


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!