Berguru dengan Jutawan Adsense - Markus Frind dan PlentyofFish.com

|

Ditranslate oleh Ebooksduit.

Sebagai permulaan yang gilang gemilang untuk blog ini, saya paparkan cerita orang yang terdahulu yang berjaya mencipta nama dalam arena buat duit di internet ni.

Anda kenal Markus Frind? Ini cerita beliau - Warganegara Kanada, seorang usahawan internet, pengasas kepada PlentyofFish.com iaitu sebuah website "online dating" yang terbesar. Menurut maklumat tertentu pada 2006, beliau menjana wang sebanyak $10,000 sehari dengan menggunakan Adsense sahaja! Percayakah anda?


Pada masa ini, website beliau mempunyai 45 juta visitors dan 1.1 billion pageview setiap bulan!


Duit yang dapat dijana oleh beliau melalui laman PlentyofFish.com adalah sebanyak $5 - $10 juta setahun!


Apa yang menarik adalah beliau menjalankan websitenya secara bersendiri dan dibantu sikit-sikit oleh kekasihnya dan juga beberapa moderator sukarela.


Berikut adalah 17 tips yang dinyatakan oleh Markus Frind untuk membuat website dan berjaya dalam bisnes/Adsense online:


1. Mulakan market anda pada waktu yang tepat - menurut beliau, di Kanada terdapat laman web dating yang satu-satunya telah bertapak lama dan memonoply web dating iaitu LavaLife. Jadi beliau pecah tradisi itu dengan membangunkan web PlentyofFish.com. Mula-mula sikit je rakan-rakan beliau signup untuk laman dating beliau tetapi lama kelamaan ia bertambah dah menjadi laman web dating yang terkenal dan menjana banyak duit.


2. "Percuma" (free) adalah model bisnes yang power - kata beliau, dia suka akan benda-benda yang percuma ni seperti website free. Katanya lagi, dia tak paham kenapa ada syarikat internet yang menawarkan perkhidmatan yang mahal walhal perkhidmatan itu sepatutnya diberikan secara percuma! Lagi pun manusia sekarang ni kan suka benda-benda free ni :). So, buat lah satu website yang menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang percuma kepada visitors. Tapi untuk yang berniaga, teruskan usaha anda.


3. Tak payah nak buat team! - Markus Frind kata, tak payah nak tubuhkan satu team untuk buat bisnes kat internet ni. Sorang-sorang pun boleh. Tetambah sekarang ni banyak software yang dapat membantu kite kalau nak buat website ni. Sekali klik semua siap. Cut cost what?


4. Offline Marketing tak penting - Katanya, offline marketing ni diperlukan untuk bisnes yang besar-besar je yang telah mempunyai pelanggan yang sangat ramai. Lagipun ia memerlukan modal yang banyak untuk buat iklan dan sebagainya. Beliau mengabaikan terus cara itu. Kata beliau lagi, tak payah la nak buat benda-benda macam tu sebabnya kite tak mempunyai pelanggan yang sedia ada yang telah menggunakan perkhidmatan kite.


5. Kejayaan itu tak bergantung pada satu faktor sahaja - Katanya biar buat yang simple. Kekadang kite ni bukan tau sangat pasal nak buat website ni. Graphic pun tak tau. Cuma yang ditekankan ialah gunakan segala sumber yang ada disekeliling anda pada masa dan tempat yang betul. Baru kejayaan datang kepada kite.


6. Selalu memperbaiki kelemahan - Beliau selalu redesign balik website dia selalu supaya tak crash. Maklumlah banyak sangat manusia yang masuk dan signup dalam website dia tu. Dia selalu memperbaiki kelemahan yang ada. Dia sangat mementingkan pengguna. So, jadilah seperti dia.


7. Ciptakan satu website yang terbaik - Google ni kaya. Banyak duit. $500 juta dia bagi kepada pengguna Adsense dalam masa suku tahun! Bayangkan betapa kayanya Google ni. Jika anda lihat pada 1000 website, semua website tersebut ada Adsense. Tetapi antara website tersebut, ia mempunyai visitors yang sedikit tetapi EPC (Earning per Click) yang banyak. Kenapa? Sebab website itu mempunyai isi yang bagus, yang bermanafaat, yang jarang dijumpai, mempunyai ciri tersendiri. Jadi cipta lah satu website yang tak pernah dibuat orang :). Jangan mengarut sudah la.


8. Etika kerja - Katanya, kalau malas sume tak jadi. Anda mesti mempunyai jadual dan mematuhi jadual tersebut. Baru la segala benda menjadi. Tidak kire bisnes online atau segala kerja sekali pun.


9. Nilai dan rekabentuk website - website tak payah nak complicated sangat. Simple sahaja. Biar visitors tahu setiap link ataupun function yang terdapat dalam website tersebut. Kebanyakkan orang nak buat website yang canggih-canggih. Tapi kalau tak ada orang nak tengok macam mana? Rugi! So, buat yang simple, terbaik dan perbaiki kelemahan yang ada dari masa ke masa.


10. Fikirkan keuntungan sebelum membuat website - Fikir dulu keuntungan sebelum langkah yang seterusnya diambil. Jangan terus buat sahaja website. Selidiki dulu pasal Adsense, Affiliate Program dan sewaktu dengannya. Dikhuatiri apabila website yang dibuat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Rugi!


11. Tidak putus ada dengan keuntungan yang kecil - Menurut Markus Frind ni, belia ada masuk satu Affiliate Program. Keuntungan yang dapat tak sampai $40 sebulan. Kemudian beliau tambah Adsense dekat website beliau, dapat $5.63 untuk bulan yang pertama. Beliau tidak berputus asa kerana sedar bahawa trafik ke website beliau kurang. So, dia menggandakan lagi usaha untuk mendapat banyak lagi trafik ke websitenya.


12. Tahu had model bisnes anda - Menurutnya lagi, sebagai contoh kalau nak mendapatkan untung yang berjuta-juta dengan website anda, hanya perlu tukarkan website yang sedia ada kepada website berbayar. Tapi jika website anda jenish yang bukan berbayar, adalah mustahil untuk dapat berjuta-juta. Kecuali kalau rajin nak buat website sampai 1 juta.


13. Mesti mempunyai cita-cita sebagai arah tuju - Kebanyakkan kita hanya mimpi di siang hari. Bila baca tentang macam mana seseorang itu buat duit kat internet, kita terpesona dan hanya bayangkan kalau la dapat buat macam tu juga. Jika benar-benar hendak menjana duit di internet, mesti ada cita-cita dan arah tujuan. Kena lakukan segala yang termampu untuk mencapai cita-cita tersebut baru tercapai cita-cita.


14. Mempelajari apa yang perlu dipelajari - luangkan sedikit masa untuk mempelajari tentang bisnes online ni. Cuba selesaikan masalah yang timbul semasa mempelajarinya. Paksa diri dan jangan berundur sebelum masalah selesai.


15. Bila dapat trafik yang banyak, optimumkan Adsense - Trafik dah banyak tapi EPC kurang, macam mana nak buat? Optimumkan Adsense anda. Ubahkan kedudukannya. Buat kajian. Cuba pakai "Channel" yang diberi oleh Google tu. Satu kesalahan besar kalau buat duit dengan Adsense tapi tak pakai "Channel".


16. Kejayaan tak datang sendiri, tapi ciptakan kejayaan tu - rasanya tak payah nak panjangkan cerita. Tajuk dia pun dah jelas dah "Kejayaan tak datang sendiri, tapi ciptakan kejayaan tu". :)


17. Hitung kira kos dan keuntungan - (Peringatan saya kepada anda) - Jika ada yang menggunakan YSM (Yahoo Search Marketing) atau pun Google Adword, sila hitung kos dan keuntungan anda. Kekadang dah dapat duit banyak, kita laburkan semua. Bijak mengatur perbelanjaan anda.


Secara amnya, bukan semua yang dikatakan oleh Markus Frind ni betul. Maksud betul tu, kemungkinan ada yang berpendapat lain dari beliau. Tapi beliau sebagai orang lama yang telah pun berjaya dan kaya. Oleh itu gunakan tips yang diberikan, adalah lebih baik jika diikuti. Itu pun bergantung kepada pembaca yang budiman sekalian.

"Bukan senang mahu senang tapi bukan susah untuk susah"

Renung-renungkan...

Dipetik dari doshdosh.com
















0 comments:


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!