PR rendah, Ranking Terbaik Search Engine?

|

Posting ini adalah lanjutan dari posting yang lepas iaitu "Cara membuktikan Banner Link bukan Backlink".

Posting kali ini membincangkan secara terperinci seterusnya menjawab persoalan yang ditimbulkan  pada posting yang lepas tentang bagaimana website yang mempunyai Page Rank (PR) yang rendah dapat memberikan website anda kedudukan terbaik dalam Search Engine Ranking!

Kenapa perlu kita bertukar-tukar link dengan website yang mempunyai PR yang tinggi sedangkan kita boleh mendapat kedudukan terbaik dalan Search Engine (SE) tanpanya atau dengan kata lain dengan bertukar-tukar link dengan website yang PR rendah?

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa, jika kita buat link exchange dengan website yang mempunyai PR yang tinggi maka PR website kita akan naik.

Itu sebenarnya cerita separuh jalan. Tak habis lagi...

Sambungan dari cerita itu adalah selalunya bila orang bertukar link tu, dia hanya tukar sahaja tanpa memandang kepada outgoing link dari website yang di"link" tu. Jika outgoing link dari website yang anda link itu banyak, maka nilai link kepada website anda menjadi kurang.

Terdapat fakta beberapa search engine menyatakan bahawa mereka hanya menitikberatkan "One Way Link" atau link sehala yang link kepada sesuatu website.

Dalam SEO pula, teknik linking ni memang telah bertahun-tahun digunakan untuk improve dalam search engine ranking. Tetapi mesti dengan menggunakan kaedah yang betul.

Nilai "Link" ke website anda dikira tinggi jika:

1. Ia link kepada website yang mempunyai PR tinggi

2. Anda link pada website yang mempunyai "Outgoing Link" yang rendah

3. Anda link pada website yang mempunyai niche yang sama dengan anda

4. Mempunyai "On Way Link" atau link sehala. Tidak ada link ke website lain

Untuk menentukan PR sesuatu website memang mudah. Terdapat pelbagai tool untuk anda memeriksa PR anda sebagai contoh terdapat pelbagai script percuma yang diletakkan pada website anda dan ia akan menunjukkan PR anda. Tetapi untuk memerikasa outgoing link dan nilai link dari website ke website anda, ia amat susah.

Untuk itu, ada satu tool yang boleh digunakan untuk tujuan itu. Ia adalah SEO Elite V4.

Tool ini dicipta untuk menganalisa link kepada sesuatu website. Ia akan memberikan bacaan PR untuk website dan juga outgoing link website tersebut. Formula yang digunakan untuk menentukan 2 perkara tersebut seperti yang demikian: 

"Pr(A) = (1-d) + d[Pr(P1/L1) + Pr(P2/L2) + Pr(Pn/Ln)] where d=0.85; P1 to Pn are pages linked to Page A; L1 to Ln are the number of outbound links from each page. In the case of the Page Rank or Pr value of one link the formula simplifies to 0.85[Pr(P1/L1)]"

Ini bukan formula yang diguna pakai oleh Google untuk menentukan PR dan outgoing link. Ini formula yang direka oleh pembuat software tersebut berdasarkan pengalaman beliau. Walaubagaimana pun ia menunjukkan nilai link ke website anda adalah berkadaran dengan nilai outgoing link dari satu website tersebut.

Lagi rendah outgoing link, lagi tinggi nilai link yang anda dapat ke website anda.

Sebagai contoh:

A PR 1 page with 4 outgoing links has a Link Value of 0.21
A PR 2 page with 8 outgoing links has a Link Value of 0.21
A PR 3 page with 13 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 4 page with 17 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 5 page with 21 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 6 page with 25 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 7 page with 30 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 8 page with 34 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 9 page with 38 outgoing links has a Link Value of 0.20
A PR 10 page with 42 outgoing links has a Link Value of 0.20

Dengan ini jelaslah, untuk mendapatkan ranking terbaik dalam search engine anda mesti mengambil kira outgoing link dari website tertentu ke website anda link dan bukan melihat dari PR website tersebut.

Kesimpulannya adalah jika anda melakukan link exchange dengan website tertentu, jangan lihat hanya pada PRnya sahaja. Tetapi lihat juga pada Outgoing link yang mereka ada. Ini kerana website yang mempunyai PR yang rendah juga mempunyai nilai link yang tinggi berbanding website yang mempunyai PR yang tinggi.

Rujukan:

1. Webpageaddons.com

2. Linksleader.com

3. The Search Engine Optimizer.com

5 comments:

Anonymous said...

a'ah software ni mmg bagus. ramai yg rekomenkan. tapi mahal beb. tak mampu nak beli. hehehe. cara lain ada tak?

Anonymous said...

memang mahal bro tapi power. Ni link software alternatif yang leh pakai untuk cek PR dan sebagainya: http://3d2f.com/download/36-906-seo-elite-free-download.shtml. harap ia dapat membantu lah

Anonymous said...

Xder pon link bole cuba.. sumer cam tipu jer..

Anonymous said...

Eh! bleh je... Link untuk SEO elite tu je yang kena bayar baru bleh. Yang lain nye dah test, bleh je pakai. Cuba sekali lagi... kalau tak leh jugak kena tukar link lain la... Minta maaf atas segala kesulitan...

Anonymous said...

Sepakat bro.. emang begitu.


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!