Web Design For Beginner

|

Pada beberapa bulan lepas, ada di antara pembaca blog setia buat permintaan kepada saya untuk saya carikan ebook berkenaan dengan website design ni.

Jadi kali ni, saya dah jumpa satu. Menarik jugak. Jadi saya buat entri ni khas untuk yang bertanya...

Ebook ini adalah yang terbaik bagi pembaca yang tidak tahu langsung macam mana nak design website. Newbies la senang. Ebook ni akan mengajar anda lebih kepada "kenapa" dan "bila" tapi kurang pada "bagaimana".

Kenapa nak belajar design website tu?

Perlu sangat ke website tu?

Dalam dunia sekarang ni, website sangat-sangat lah penting. Tambahan pula bagi mereka yang terjun dalam dunia perniagaan sama ada secara virtual (internet) atau pun yang nyata.

Terdapat sebab dan musabab yang kuat kenapa website sangat diperlukan pada zaman kini. Bagi saya sebab yang paling ketara sekali adalah disebabkan oleh pelanggan itu sendiri. Pelanggan sekarang bukan macam pelanggan dulu. Pelanggan sekarang suka cari informasi dalam internet. Mereka akan mencari informasi tertentu tentang barang yang mereka minat sebelum mereka membelinya. So, mereka akan buka website-website yang ada buat review tentang barang yang mereka minat tu...

Jadi, peranan website ni dah jadi peranan utama jugak dalam dunia perniagaan sekarang. Siap ada kakitangan dalam syarikat yang kerjanya memang buat website untuk syarikat. Kadang-kadang satu syarikat tapi website yang mereka ada berlambak-lambak.

Dalam cara nak design sesuatu website tu amat penting. Design mesti nampak professional. Kalau simple sangat pun susah kalau complex sangat pun susah. Yang sedang-sedang aja... Susun atur layout website pun diambil kira juga. Kalau berterabur sana sini, susah orang nak cari link, alamatnya duit tak masuk la. Ini semua dibuat untuk menarik perhatian para pelanggan. Pelanggan mudah tertarik benda yang lain dari yang lain.

Jadi sesiapa yang berminat nak belajar cara nak buat website ni, sila la download secara PERCUMA di sini - "Website Design For Beginner" (535Kb) 

 

1 comments:

Duit Gratisan said...

Bro, yang ini gue ikut download ya.. Buat investasi, kali aja besok-besok jadi designer web


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!