PPC Marketing for Beginner

|

Seperti yang saya katakan semalam, member saya "ejib86" telah memberi 3 buah ebook yang menarik kepada saya. Ini adalah ebook yang kedua. Ia adalah berkenaan dengan PPC dan juga cara-cara nak mengoptimumkan PPC marketing anda. Ebook ni baik untuk yang masih mentah dalam dunia PPC dan bagus juga buat yang dah veteren dalam dunia PPC sebagai ulangkaji.

So, apakah sebenarnya PPC ni?

PPC ni adalah singkatan kepada "Pay-Per-Click". Kebanyakkan orang sebutnya sebagai AdWord, Adbrite dan macam-macam lagi. Tapi yang paling tepat adalah PPC lah.

PPC ni adalah iklan yang sangat popular kat internet. Anda boleh jumpa dekat website-website dan blog-blog. Lagi senang nak jumpa dekat search engine di bawah tajuk "Sponsored Link".

Secara dasarnya, PPC ni adalah berkenaan dengan bidaan untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam list dan juga result search engine. Advertiser membuat bidaan dan membeli keyword-keyword yang mempunyai kaitan dengan produk mereka. Lagi tinggi kedudukan dalam result search engine, lagi tinggi peluang untuk orang klik iklan mereka dan lagi tinggi peluang pelawat akan masuk website atau blog mereka. 

PPC marketing ni juga dikenali seperti berikut:

1. Pay Per Placement

2. Pay Per Performance

3. Pay per Rank

4. Pay Per Position

5. Cost Per Click

PPC Marketing ni dibuat seperti langkah-langkah dibawah:

1. Buka akaun PPC dan depositkan duit untuk bidaan

2. Buat keyword list

3. Pilih search engine yang mempunyai akaun PPC yang bagus

4. Mulakan bidaan keyword, placement dan lain-lain lagi

5. Merangkakan iklan

6. Buat website (landing page) untuk meletakkan iklan tersebut

7. Meletakkan iklan tersebut dalam search engine

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang PPC Marketing ni, sila download ebook ini dengan PERCUMA di sini - "PPC Marketing for Beginner" (9.6Mb)

1 comments:

Anonymous said...

Wah menarik nih. Pakai bahasa apa nih bro..


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!