Salam,
Kepada kengkawanku,
Untuk permulaan surat saya ni, saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada anda semua yang masih sudi datang melawat seterusnya mendownload benda-benda yang saya sediakan terutama ebook percuma yang berprofil tinggi lagi bermanafaat kepada anda dalam menjana duit percuma di arena internet ni.
Ada kengkawan yang menyatakan atau bertanya ke mana saya menghilangkan diri selama ini. Saya tak hilang pun, cuma amik masa skit A.K.A "CUTI" untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan yang injured akibat penangan pertandingan sepak takraw sempena Hari Kebangsaan.
Kebetulan isteri saya yang beliau seorang guru cuti pulak tu, maka saya balik ke kampung belah mak mentua di Seberang Tasek, Penang. Rehat kat sana.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang di ambil semasa bercuti. Nak test market sebenarnya ni. Nak lawan si pemilik blog RelaxJom.Blogspot A.K.A orang Penang yang suka amik gambar :).
Gambar kat bawah ni diambil menggunakan kamera PANASONIC DMC-FZ30. Kalau nak besarkan gambar, klik kan gambar tu je tau.
Ni gambar kucing saya. Tengah tido dalam pasu pokok Kunyit mak saya. Memang takda kerja punya kucing. Lepas makan tido, lepas tido makan. Ish...
Berkusyenkan sabut kelapa tu... Believe it or not?
Ni bapak kucing saya. Mak saya bagi nama dia "Cecalit". Tak tau apa yang tercalit kat badan dia. Tapi tu lah nama dia. Korang tengok mata dia betul-betul. Sebelah kuning sebelah biru. Gambar betui ni. Bukan "Super Impose" punye. Jarang nak dapat ni. Baka ni saya je yang ada (tak tau la orang lain kan) tapi yang hidup sekor ni je. Adik kepada kucing ni dah hilang kena curik. Kalau tak ada 2 ekor. Kucing saya ni kena kurap pulak tu. Kalau ada orang nak beli, mampus pun saya tak jual tau. Cayang "Cecalit" sesangat walaupun kurap penuh kat badan dia. Hehehe...
Ni lah mercu P.Pinang. Jambatan P.Penang. Gambar ni diambil dari Queens Bay. Kelabu skit. Samada jerebu ataupun tangan saya yang goyang. Ntah la. Gambar ni diambil selepas tengok wayang citer "Death Race". Baik korang tengok citer tu. Best ooo...
Seorang tua berbangsa Cina sedang khusyuk memancing kat tepi pantai ni. Sapa kata bunyi bising menyebabkan orang yang pancing tak dapat ikan. Cina ni dapat je. Satu baldi tu. Relaks je dia. Baguih-baguih. Teruskan memancing. Jangan kacau dia. Kita pi gambaq seterusnya...
Kesibukan dekat Queens Bay Mall ni jelas kelihatan walaupun dah waktu Maghrib. Masa ni tengah kelam kabut ambil gambar ni takut terlepas waktu solat. Tapi nasib baik gambar ok. Malam minggu la katakan. Memang Queens Bay Mall ni havoc skit. Banyak je keta kat tepi jalan sampai jam jalan...
Ada banyak lagi gambar ni. Esok la saya display yek...
Dengan berakhirnya cuti saya ni, saya berharap dapat mempersembahkan ebook-ebook terbaru untuk buat duit kat internet ni dengan lagi canggih dah power. Jika anda ternanti-nantikannya, tunggu sat.... ada banyak ni. Kena qada balik sebab amik cuti.... kekeke....
Akhir kalam surat saya ni, lagi sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang sudi melawat dan tak putus-putus melawat blog saya yang tak berapa nak power ni. Blog ni khas buat anda, bukan untuk saya pun. Saya cuma berhajat dengan ada blog ni, saya boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk jana duit kat internet ni...
Harapan saya agar anda terus berkunjung kat blog ni, dan jangan lupa, kalau dah masuk tu, tinggal-tinggalkan lah komen anda yang membina lagi berharga tu. Ia akan menjadi tanda aras ukuran kepada saya untuk meningkatkan lagi prestasi blog ini.
Sekian, terima kasih semua...
3 comments:
Wah, tempatnya kayaknya menarik banget. Lama aku ga mancing, jadi kepingin
wakakaka..RelaxJom™ mana leh fight blog nih...
Jom join the club...ada gak geng2 nak pi outing memana ...
oihhh setakat mata ja biru,kuning, badan bekurap baik takyah bela.
Tuan Punya dia ada kurap gak tak?muahahaha....
Camera hang pakai tuh pun da sempoi .... mana lagi gambar?
Sekolah dah buka, masih bercuti lagi ke?
Kim salam kat Cencalit
Post a Comment