Tahukah anda sejarah "Matawang"?

|

Gambar di sebelah merupakan "Duit purba Greek pada zaman Demetrios 1 (c. 200-180 B.C.E.; Reverse).

Sebelum memulakan post yang terbaru ni, satu soalan nak diajukan pada pembaca sekalian.

Tau ka mana asal usul duit tu?

Kita sekarang ni tahu buat duit sahaja tetapi asal usul duit tidak ambil peduli. Ingat pepatah melayu mengatakan "Tak kenal maka tak cinta". Teringat zaman belajar di universiti dulu, salah seorang dari kalangan Professor di universiti ada bagi tahu kalau nak buat sesuatu mesti tahu asal usulnya dulu. Jangan main hentam ja. Masa itu tengah buat final projek berkenaan parasit, nosema bombycis yang membunuh larva kupu-kupu "Back-Diamond-Moth", pluttella zylostella.

So, sama la macam nak buat duit di internet ni. Kena kenal dulu asal usul duit baru jatuh cinta pada duit. Baru bersemangat nak buat duit :).

Apakah itu duit?

Duit adalah sesuatu benda yang diterima umum oleh sekumpulan manusia untuk pertukaran barangan, perkhidmatan ataupun sumber keperluan. Setiap negara di dunia ni mempunyai sistem matawang syiling dan matawang kertas tersendiri.

Sejarah awal duit - Pada masa dulu kala, manusia menggunakan sistem "Barter". Sistem Barter ialah satu sistem di mana pertukaran di buat sama ada barang dengan perkhidmatan dan sumber keperluan yang lain ataupun sebaliknya. Tetapi sistem tersebut mempunyai kelemahan. Kelemahanya adalah kadang-kadang nilai barang, perkhidmatan ataupun sumber keperluan itu tidak setimpal dengan barang yang ditukar. Jadi wujud lah "Sistem Commodity Money".

Pada zaman dulu, garam, teh, tembakau, lembu dan biji benih barang keperluan yang paling basic yang mesti ada setiap orang. Barang tersebut dinamakan "Commodity". So, barang tersebut dijadikan sebagai duit. Wujud pula masalah berkaitan dengan cara hendak membawa barang tersebut, ketahanan dan mudah rosak. Bayangkan anda bawa berkilo-kilo garam semata-mata hendak ditukarkan dengan sekilo teh! Susah tu...

Syiling dan Wang kertas

Pada sekitar 5000 B.C, objek metal diperkenalkan sebagai duit syiling. Pada sekitar 700 B.C pula, Lydians adalah negara yang pertama membuat duit syiling sendiri. Tidak berapa lama kemudian, negara-negara di dalam dunia ni start buat duit syiling sendiri dengan nilai tertentu. Sekoyong-koyongnya, ada kajian yang menyebut, negara China adalah negara yang terawal menggunakan duit kertas. Ia bermula sekitar AD 960.

Asal usul lambang "$"

Disebabkan Adsense dalam USD atau United State Dollar atau $, maka kena juga lah tahu sedikit sebanyak tentangnya. Sebenarnya, "$" berasal dari samada Mexico atau pun Spain. Pakar sejarah tidak dapat menentukan yang mana satu asalnya. Ada sejarahwan mengatakan "$" berasal dari huruf "S" ditulis di atas huruf "P".

Kesimpulannya ia memang tidak ada kena mengena dengan United State dan nilai matawang mereka mahal, so ia sangat berharga kepada kita walaupun 1 sen :).

Asal usul duit kita

Dulu, masa tahun 1837, kita menggunakan matawang "Rupee" India. Lepas itu pada tahun 1867, dollar perak digunakan. Pada tahun 1903, "shilling" diperkenalkan oleh orang Britain.

Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.

Sekarang anda sudah tahu asal usul duit! Apa tunggu lagi? Buat la duit banyak-banyak :)...

Dipetik dari Wikipedia dan About.com dan ditranlate oleh Ebooksduit.


2 comments:

Anonymous said...

saya berminat beli duit syiling ni berapa harga ni

Anonymous said...

saya berminat beli duit syiling ni sila email sy (ahanqs@gmail.com)


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!