My Space - Baik Punya!

|


Salam untuk semua!

Lama tak menjenguk dan meng"update" blog ni. Terima kasih kerana sudi melawat blog ni.

Tahukah anda tentang "My Space"?

Tentu ramai yang tahukan?

Tahukah anda dengan "My Space" anda boleh buat duit dengannya?

Ini ada cerita baik punya! Tetapi kebanyakkan orang kita tidak tahu.

Bermula ceritanya, saya telah pergi berkhursus selama 3 hari di Lembah Azwen, Hulu Langat untuk kaki tangan kerajaan. Peserta diminta membuat ucapan untuk "Public Speaking" atas tajuk Sosial dan Perpaduan. Saya dengan tak sedia nak cakap apa, teringat pasal "My Space". So saya bagi "talk" pasai "My Space". Rupa-rupanya ramai yang tak tahu dengan My Space ni kita boleh buat duit! Saya pun ceritalah dekat mereka:-

My Space ni adalah satu website social community. Kalau tak silap saya, sebanyak 47.6% (betulkan saya kalau salah) penduduk dunia ni mendaftar di My Space pada tahun 2006. Gempak kan! My Space adalah satu social site yang paling banyak dilawati pada masa kini. Google pun kalah tau! So, dengan keadaan itu, kebanyakkan "blogger handalan", "Adsense-er", penjual produk dan lain-lain lagi mengambil kesempatan untuk membuat untuk percuma duit dengannya.

Ada seorang budak yang berasal dari mana saya dah lupa telah membuat satu virus yang diimplankan didalam My Space. Bayangkan dalam masa beberapa minit sahaja, berjuta-juta pelawat telah melawat website beliau. Caranya dengan membuat satu link, dan apabila orang klik sahaja link tu, ia akan disembarkan kepada alamat-alamat kawan-kawan yang terdapat di dalam My Space anda.

Tetapi itu cerita lama. Sekarang ni My Space telah mengketatkan securitinya, jadi kita semua tidak boleh menggunakan taktik kotor lagi untuk mengaut keuntungan.

Setakat itu celoteh saya pada kali ini. Kemungkinan esok lusa saya akan letakkan ebook mengenai buat duit dengan My Space ni. Setialah bersama blog ini dan tunggu kedatangan ebook tersebut.

0 comments:


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!