Tag dan Ping

|

Adakah anda pernah terbaca tentang seorang remaja berumur 24 tahun yang berasal dari Thailand yang telah menemui formula untuk mempopularkan blog atau site beliau sehingga menjana beribu-beribu dollar wang Adsense? Ini cerita betul bukan main-main. Kepada yang tidak tahu, formula itu dinamakan "Tag and Ping".

Pada masa itu, ia sangat menggemparkan kepada "Adsense-er" yang handal-handal. Mereka ingat mereka adalah segala guru Adsense tetapi telahan mereka meleset sehingga dikalahkan oleh seorang remaja dari Thailand itu.

Apakah ia Tag and Ping itu?

Tag: adalah keyword yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat yang mereka perlukan. Keyword itu adalah perkataan yang ditaipkan di ruang kosong search engine itu. Sebagai contoh anda gunakan Google Search. Pada ruang kosong Google Search itu anda taipkan perkataan atau keyword "memancing" dan kemudian anda tekan butang search.

Ping: adalah pemberitahuan kepada pelbagai search engine di mana blog anda telah diupdatekan. Sebagai contoh tempat untuk Ping blog atau website yang terkenal seperti Technorati, Furl, del.icio.us dan lain-lain lagi.

Bagaimankah cara untuk Tag and Ping itu?

Caranya mudah sahaja. Terlebih dahulu anda mesti memastikan blog atau website anda diupdate dengan post atau artikel yang terbaru. Kemudian anda mesti memilih keyword atau Tag yang dirasakan sesuai dengan tajuk atau perkara yang anda bincangkan dalam artikel anda. Selepas itu ada sign in Technorati. Di website itu anda akan jumpa tempat untuk ping blog atau website anda. Tabnya tertera "Ping Blog".

Copy paste alamat blog atau website anda bersamaan dengan alamat post anda sebagai contoh seperti ini: http://ebooksduit.blogspot.com/2008/06/google-snooper.html . Ia mempunyai alamat blog anda dan seterusnya tajuk post terbaru anda. Selepas itu anda boleh letakkan Tag yang bersesuaian dan Ping blog anda.

Saya telah gunakan cara ini untuk mempromosikan F2r Ebook yang dikeluarkan oleh RinggitHit.com dan masih lagi menggunakannya untuk mempromosi blog saya ini. Saya berjaya menduduki ranking teratas untuk keyword "F2R Ebook". Untuk lihat buktinya sila ke post saya iaitu "Cash In Blogging".

Selamat mencuba

0 comments:


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!