Pada entry kali ini saya nak menerangkan satu penyakit yang telah melanda para blogger dan juga pembangun-pembangun website sekalian. Penyakit ini dikategorikan sebagai endemik dan tak la berapa bahaya sangat tapi masih berlegar-legar di kalangan blogger dan pembangun website.
Pada entry yang terdahulu, saya telah menceritakan serba sedikit beberapa perkara yang dikira sebagai penting berkaitan Page Rank ni. Untuk yang terlepas membacanya, sila ikuti di bawah tajuk "PR Rendah, Ranking Terbaik Search Engine".
Mengikut pengalaman saya, saya pernah terjebak jugak dengan penyakit ni. Saya seorang blogger yang telah berkecimpung dalam dunia blogger ni sejak 2006. Saya mempunyai beberapa blog. Sudah semestinya saya mahu blog saya ni sentiasa dikunjungi pelawat. Dan sudah tentu juga saya mahu blog saya mempunyai ranking no 1 dalam search engine dan seterusnya mempunyai Page Rank yang tinggi. Tetapi ia berlaku sebaliknya.
Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya. Sedar tak sedar, lama kelamaan, saya dihinggapi penyakit ni. Berpuluh-puluh blog dan website saya kunjungi dan saya membuat aktiviti "link exchange" dengan penuh tekun dengan blog dan website yang mempunyai Page Rank tinggi dengan harapan Page Rank saya akan naik. Lama jugak penyakit itu lekat pada saya sebelum saya sedar ianya tak berapa penting sangat.
Selepas dari itu saya telah menemui ubat yang mujarab untuk penyakit saya ni. Ubat yang saya temui adalah ebook percuma ni. Ia menceritakan bagaimana Page Rank tu tak berapa penting jika dibandingkan dengan cara mempromosi dan menarik traffic ke website atau blog anda. So, penyakit saya beransur pulih.
Dalam ebook ni, selain dari cerita tentang penyakit Page Rank Paranoia ini, penulis ebook ni juga menceritakan bagaimana websitenya yang mempunyai Page Rank yang rendah tetapi mempunyai kedudukan no 1 dalam search engine. Ia juga menceritakan teknik yang telah digunakan untuk mencapai sampai ke arah itu.
Untuk mengetahuinya, sila download ebook ini secara PERCUMA di sini - "PageRank Paranoia" (3.6Mb)
4 comments:
eemmm..dulu pun kena gak penyakit ni
skrg ni dah kurang..tak moh lagi..entah...penatlah..
rasa lagi best bina blog utk persahabatan...
sbb tu kebanyakkan tetamu blog kawan2.... bkn dari search engine
haah kan. saya setuju jugak tu... saya bina blog ni nak tolong member2 yang memerlukan panduan nak buat duit. bagi free je... kalau nak dapat pun skit je. itu pun ziddu. itu pun sebab takdak server nak upload ebook...
saya setuju. PR tak memberi apa-apa faedah kepada kita. traffic yang penting n nak dpt trafic, saya hanya tumpukan kepada SEO.
Nak dpt advertisers dari TLA mungkin memerlukan PR. Tapi tak ingin mencuba dengan TNX.net?
SEO tu apa Ebook? reply at mt cbox . . . tq
Post a Comment