Cara Membuktikan Banner Link bukan Backlink

|

Topik yang akan dibincang pada kali ini adalah berkenaan dengan backlink. Terjemahan backlink yang diambil dari Wikipedia menyatakan bahawa backlink adalah incoming link atau pautan yang ditujukan kepada website atau blog anda.

Dalam dunia SEO, jumlah backlink memainkan peranan yang penting dalam menentukan populariti website atau blog anda. Google menafsirkan backlink sebagai undi untuk sesuatu website atau blog. Lagi banyak backlink ke website atau blog anda, lagi tinggi undi yang diterima maka lagi tinggi Page Rank (PR) anda

Sekarang blogger tahu, backlink adalah satu perkara yang amat memainkan peranan yang penting dalam menaikkan Page Rank (PR). Ia dapat mendatangkan pengunjug ke blog anda dengan mendapat ranking no: 1 dalam sistem pencarian. Dan ia adalah alasan yang paling kukuh kenapa ramai di antara kita yang berminat dan selalu bertukar-tukar link.

Yang menjadi masalah dan persoalan ialah aktiviti tukaran link telah dibuat dengan banyak, post pun telah dibuat dengan banyak tetapi PR masih lagi kosong. Ada blog yang blognya macam tidak terurus tetapi mempunyai PR yang tinggi. Ada blog yang membuat post yang banyak tapi PR tidak ada juga. Apakah yang telah terjadi? Untuk menjawab soalan ini, teruskan membaca.

Untuk pengetahuan saudara sekalian, saya selalu update blog saya ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Kalau tidak percaya anda boleh lihat tarikh setiap posting saya itu. Saya juga selalu melakukan "Blogwalking" dan aktiviti tukaran link dengan blog-blog yang menarik yang saya jumpa ketika online.Tapi kalau anda lihat PR saya di bawah sekali sebelah kanan blog ini, PR saya masih kosong. Yang berubah adalah rank Alexa saya. Dari 15++ juta kepada 9++ juta dalam masa kurang sebulan. Tak percaya? Itu lah kenyataan.

Berbalik kepada tajuk kita, ada beberapa cara untuk kita membuktikan bahawasanya Banner Link itu bukan Backlink. Ikuti cara di bawah untuk mengetahui Backlink anda:

1. Catatkan alamat blog yang telah membuat Banner Link exchange dengan blog anda.

2. Kemudian sila ke Backlinkwatch.com. Kemudian masukkan alamat blog anda pada ruang yang disediakan. Kemudian klik "Check backlink".

3. Kemudian perhatikan alamat blog yang telah membuat Banner Link exchange dengan anda. Yang pastinya memang tidak ada.

Lihat result yang saya dapat untuk blog saya. Saya mendapat 39 backlink dari pelbagai sumber. Yang tenyata banyaknya adalah bersumberkan dari forum yang saya join. Saya tinggalkan signature saya dalam bentuk text link bukan bentuk banner link. Klik gambar di bawah untuk gambaran jelas.

Kesimpulannya ialah kalau boleh jangan gunakan Banner Link. Ia memang cantik tapi kurang berkesan untuk menaikkan PR anda. Lagipun Google hanya baca text sahaja. Gunakan Text Link. Ia mudah dan berkesan.

P/s: Idea post ini di ambil dari Duit Gratisan dan diringkaskan dengan bahasa yang lebih mudah oleh Ebooksduit

6 comments:

Jie said...

selepas berpindah hosting dan domain, blog sy yang baru berusia tak sampai 2 bulan > Total Backlinks = 461

utk memudahkan pengomen, bolah tak setting open id...

Unknown said...

entahlah sama ada backlinks yang banyak dapat bantu kau naikkan PR blog kau. aku bg kau satu kes

aku ada blog PR5... tp backlinks yang aku terima hanya 142 je. tak banyak. dan paling kelakar, backlinks tu 1 dari blog PR0, 3 dari blog PR3 dan 1 dari blog PR6.

cuba kau jelaskan macamana aku boleh dapat PR5. yang pasti content aku suma berkaitan dengan keywords aku.

syam @ http://aeropama.com

Konsultan Gratisan said...

Emang tidak semua backlink memiliki kadar yang sama. Backlink dari PR tinggi memiliki kadar lebih tinggi. Begitu juga backlink dari blog sejenis lebih diperhitungkan oleh PR.

Anonymous said...

kepada jie: dah setting komen kepada anyone. lupa nak setting hari tu. tak perasan. sori... terima kasih kerana komen

kepada syam: aku dah buat post (http://ebooksduit.blogspot.com/2008/07/pr-rendah-ranking-terbaik-search-engine.html) untuk jawab soalan ko. harap itu jawapannya. terima kasih kerana komen.

kepada konsultan gratisan: terima kasih kerana bagi penerangan. idea anda ni... terima kasih kerana komen

Anonymous said...

hmm...ok saya faham maksud banner link sini. Tapi kalau sebagai contohnya saya guna alt text adakah dapat mengubah benner yg digunakan?

Anonymous said...

kalau leh guna text link terus lagi senang. sepaham aku alt text ni guna gambar jugak. tapi bila kite point kat gambar tu dia kuar description kan? Ok jugak sebenarnya, memperbanyakkan keyword yang digunakan...


Tukar Link dan Promosi Website - Webkios Direktori gratis untuk promosi dan tukar link website indonesia dengan berbagai macam kategori. Tambahkan website anda sekarang!